Friday, April 1, 2011

CHOCOLATE BLISS CHEESE CAKE







Kek coklat ini jarang orang buat n temui,,,bentuknya yang unik sesuai dihidangkan bersama minum petang d restoran2 yang terkemuka di Malaysia ini.
Jika anda mahu mencuba
SILAKAN
=),,,=),,,=)

Bahan - bahan
Untuk base
18 keping biskut Oreo ( dihancurkan halus)
28gm marjerin ( dicairkan)


9-inch Springform pan
3 pakej ( 8 oz. setiap satu) Soft Cream Cheese
3/4 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
1 bungkus ( 8 bar) semi -sweet cooking chocolate
3 biji telur


Cara - cara
1) Panaskan oven pada suhu 160 degree Celcius.
2) Gaulkan biskut Oreo yang telah dihancurkan bersama butter yang telah dicairkan. Mampatkan campuran tadi di atas springform pan dengan membentuk satu lapisan 'crust'
3) Pukul softened cream cheese bersama gula dan esen vanilla menggunakan mixer pada kelajuan sederhana.
4) Masukkan cooking chocolate yang telah dicairkan. Kacau sebati.
5) Masukkan telur sebiji demi sebiji pada kelajuan perlahan setiap kali dmasukkan.
6) Pukul hingga kembang. Tuangkan ke atas lapisan crust tadi.
7) Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan bakar selama 1 jam atau 55 minit.
8) Apabila masak, longgarkan bahagian tepi kek dengan pisau. Biarkan unttuk disejukkan sebelum membuka bahagian tepi springform pan.
9) Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau dibiarkan sepanjang malam.
Cadangan hidangan
1) Taburkan serbuka koko ke tas lapisan atas kek untuk kemasan terakhir.
2) Buatkan bentuk hati dengan menaburkan gula hiasan di atas kek.
Saiz hidangan : 12 orang
Cadangan membeli bahan : Philadelphia Soft Cheese( sedap tapi agak mahal)

No comments:

Post a Comment