Friday, April 1, 2011

KEK KEJU COKLAT CHIP







~~~Nice kek~~~
***CubAlah***
BAHAN KEK KEJU:
400 ml krim putar
10 gm gula kastor
80 gm tepung jagung
80 gm mentega
7 biji putih telur (buat meringue)
7 biji kuning telur
2 buku krim keju (sebuku 250 gm)
200 gm coklat chip
1 sudu besar jus lemon


BAHAN COKLAT GANACHE:
500 gm coklat masak
250 ml krim putar
120 gm mentega
1 sudu kecil minyak jagung


CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu pukul mentega, krim keju dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung dan pukul rata.
3. Campurkan kuning telur satu persatu bersama krim putar serta satu sudu besar jus lemon. Pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dibuat meringue bersama chocolate chip dan balik-balikkan bersama adunan tersebut.
5. Masukkan ke dalam bekas yang telah disalut dengan kertas alumunium dan letakkan di atas dulang berisi air. Bakar di dalam oven bersuhu 1600C selama satu hingga satu jam 30 minit.
6. Sejukkan di dalam chiller semalaman sebelum dihias.
7. Untuk menyediakan ganache, cairkan coklat masak, mentega dan krim putar mengunakan kaedah water bath.
8. Kemudian masukkan sesudu minyak jagung dan gaul sebati. Biarkan semalaman di dalam chiller hingga pekat. Hiaskan kek keju  tadi dengan coklat ganache tadi. Taburkan gula aising di atasnya.

#Kaedah merigue: Pukul putih telur dengan pemutar 'whisk' hingga kembang dan gebu. Masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan seketika.

#Kaedah water bath: Ambil semangkuk air panas. Kemudian ambil mangkuk (kalau boleh yang diperbuat daripada aluminium ataupun besi tahan karat) dan letakkan di atas air panas tadi. Cairkan kesemua bahan di dalam mangkuk aluminium tadi.


1 comment: