Friday, April 1, 2011

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE







Urrmm,yummy2...sedapnye...terasa coklatnya...rse sekali psti x lupa smpai bila2,,,
Rugi bg sesiapa yg x mencuba resepi niw...sedap bangat sik....hehe,,,=)

Bahan-bahan (sesuai untuk loyang 9 inci bulat )

A * 6 oz (170.1gm) butter
* 14 oz (396.9 gm) gula castor
* 3 biji telur ayam

B * # Bahan-bahan ini dibancuh bersama #
* 1 sudu teh NESCAFE
* 1 sudu teh air panas
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste

C * # Bahan-bahan ini diayak bersama #
* 8 oz (226 gm) tepung gandum
* 2 1/4 oz (63.8 gm) serbuk koko
* 1/2 sudu teh garam
* 1 sudu teh soda bicarbonate
* 1 1/2 sudu teh baking powder

D * 7 oz air sejuk - air dlm peti ais

Cara-cara
1. Menggunakan mixer, pukul bhn A - mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan bhn B - campuran NESCAFE dan esen2. Pukul sebati dan keluarkan mixer.
4. Peringkat ini, gunakan senduk kayu - masukkan bhn C - tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Cara menggunakan senduk kayu begini: pegang senduk dan pusingkan senduk kayu satu arah sahaja perlahan2, dan sambil memusing senduk tu, menggunakan jari, putarkan batang senduk kayu.
5. Masukkan bhn D - air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan senduk kayu perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping
8. Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.

**utk lebih sedap, choc moist biasa menggunakan brown sugar. jadi, sy selalu tukar kan dr resipi asal (14 oz gula castor) kepada 6 oz gula pasir halus dan 6 oz gula perang. tp sweetness of this choc cake ikut kesukaan masing2 ya..
happy baking!! ^__^

1 comment:

  1. sedapnya gmba2 kek nih..nnti nk try wat la..tengs sudi share info utk wat kek2 nih...(^_*)

    ReplyDelete